Welcome to BlueShipHeart..

Just write whatever i want to, and u.. just enjoy reading and sharing...

Thursday, 28 April 2011

Orang Minyak..Realiti atau imginasi?

Petang tadi tengah aku bz-bz mengupdate blog Butik Ariadna dengan koleksi Baju Kurung terkini ..(sempat promote jap..haha) anak aku sibuk bertanya kat aku mana cd Hantu Kak Limah Balik Rumah?? Adoii petang-petang hari pun tak habis-habis nak tengok cerita hantu, dari Ngangkung..sampai Khurafat..aku nak tengok TV pun tak dapat. Aku ni memang tak berapa gemar nengok cerita hantu..sebb aku ni memang jenis penakut dan ada penyakit cepat terperanjat..hahaha..so citer2 hantu ni tolak tepi..mula2 tengok citer Hantu Kak Limah pun aku tutup mata..haha..

Cakap pasal hantu aku teringat lah masa zaman-zaman aku duduk kat UiTM Shah Alam dulu..jeng jeng jeng..haha.Nak la juga aku berkongsi pengalaman aku ngan korang..biasalah kalau sebut UiTM perghh berbagai jenis hantu ada kat sana..dari Hantu di alam ghaib sehinggalah hantu di alam nyata (orang la yang perangai cam hantu) huhu...yang peliknya aku yang penakut gilerr ni boleh pulak hidup selama 6 semester di Kolej UiTM nun..(tak duduk rumah sewa..sebb tak dibenarkan..kolej sayang sangat kat aku..hehe)

Nak jadi cerita, seminggu aku menjejakkan kaki di ITM Shah Alam tahun 2007 (masa tu namanya ITM lagi)..aku dah dikejutkan dengan kes histeria berkelompok..hehe..mana tak nya sessi induction pelajar baru, hampir 2000 new students termasuk aku kena kacau dik hantu..sampai hampir suku dari kitaorang kena histeria..katanya nampak hantu lompat2 pokok..tapi Alhamdullillah la aku tak la nampak apa-apa..cuma sama2 kalut melarikan diri dan membaca surah Yassin kuat2. Sampai ada di antara member aku ni yang terjerumus masuk longkang melecet2 lutut dan pecah2 bibir kena tolak dek member2 lain yang dah ketakutan..fuhh gamat gak la time tu..gaya macam ada gempa bumi jer..tapi syukur la esok nya tu dah habis induction so boleh la balik rumah masing2 sebab cuti seminggu..akibatnya batch kitaorang ni semuanya lemah semangat..
fuhh dataran kenanga..kat sini la kitaorang kena ganggu..lagi ramai dari ni..kitaorang penuh satu dataran..bangunan tepi tu la kolej aku..kolej kenanga 2..i lup u..hehe

Dalam tempoh 3 semester pertama, macam2 perkara berlaku..aku yang dah la memang penakut ni dapat pulak duduk di kolej yang paling horror kat itm nun..apalagi kalau tak kolej Kenanga 2..haha...bila time malam kami ni tidur berimpit2..katil tu dirapat2 kan..surah Yassin, tiap2 orang letak kat bawah bantal masing2, time tu Alhamdullillah..sembahyang pun berjemaah..maklumla duduk dorm, 24 orang satu dorm..rasa selamat la sikit..Masa tu ada kes kawan aku kena rasuk, ada yang kena tindih bila tidur, ada yang kena kacau kat toilet..macam2 la..akhirnya..selamat juga habiskan semester 1..
Penghuni dorm 24 & 25 kolej Kenanga 2..

Masuk semester 2..Apa?? Duduk bilik 2 orang jer??? mak aii lemah lutut aku..aiseyy cam ner ni..kena duduk 1 bilik 2 orang jer..hmm redah jer la..alamatnya tiap2 malam bilik aku yang paling penuh..1 bilik maunya dekat 6 orang..hahah..atas bawah ada orang tidur..semua penakut nak tidur bilik masing2..tingkap tutup..lampu jangan ada yang gatal nak tutup..buka sampai pagi..hahaha..
tiap2 hujung minggu mesti dok beronggeng, berdikir barat kat dataran kenanga..hantu pun berpesta la..haha


Masuk semester 3 ..jeng jeng jeng..inilah pengalaman yang paling tak boleh aku lupa..bila kes Orang Minyak melanda itm. Fuhh pantas betul khabar2 angin sampai ke Kenanga 2..katanya Orang Minyak dah sampai kolej Delima..aku ni memang susah sikit nak percaya..walaupun aku pernah dengar cerita ni masa zaman kakak aku dulu..sampaila satu hari aku tengok dengan mata aku sendiri..kesan2 Orang Minyak ni..adoiii seriauuu dibuatnya..bila fikir2 balik..seram memang seram..kelakar pun ada gak..mana tak nya..orang kata Orang Minyak ni tak suka bau lelaki..so kalau nak selamat kena la pakai baju lelaki..haha..apa lagi..seronok bukan main..time ni la nak pinjam baju boipren atau pun baju secret admirer kat school bawak tidur..kena pulak pakai baju yang tak berbasuh..dah malam tu dah jadi acara mencium baju boipren masing2..hahaha Masa time tidur pulak tak boleh tidur satu arah..semua kena tidur lintang pukang..makanya ada la dalam 3 minggu kami ni tidur berimpit2..adoii azabb...Tapi sampai sekarang aku masih ingat kata-kata RS aku bila kitaorang mengadu takut dengan kes orang minyak ni.." Abot..itu bukan tapak kaki Orang Minyak..itu tapak kaki KELING.." haaa??? mak aiii tention giler..tapi tak lama lepas tu cerita tu pun beransur hilang..

Bila masuk semester ke 4..masih ada yang ganggu..pernah sekali masa aku tidur ada makhluk berdiri berbaju putih kat sebelah katil aku..tapi bila aku baca ayat-ayat suci..benda tu pun hilang..Bila masuk semester ke 5, masa tu aku pun dah part 4, dah masak dah hal2 kolej ni..itm pun dah jadi UiTM..haa time ni hantu dah tak ada..tapi aku la pulak jadi hantu kat kolej tu..hahaha..lampu kalau tidur wajib tutup..tingkap kena bukak luas2..panas..tidur pukul 4-5 pagi..dok greng greng main gitar..kadang2 kitaorang lepak kat bawah pokok main gitar sampai ke pagi..tak de pulak nampak hantunya..agaknya hantu pun takut nak keluar..sebb hantu lain dah bermaharajalela..hahaha
Bilik aku masa part 4..

Sehinggalah aku part 6, tak ada la lagi cerita-cerita hantu ni..mana pegi semua hantu tu pun aku tak tau..tapi bila aku fikir2..aku kena berterima kasih juga pada hantu2 yang mengganggu dulu..sebb hantu2 ni sebenarnya mematang kan aku untuk meneruskan hidup kat kolej tu..kolej Kenanga 2 pun dah bertukar nama Kolej Siti Aisyah..dan dari Biro Seni Kebudayaan dan tukar kepada Biro Agama Islam..setiap malam tepat pukul 10 kolej aku akan pasang bacaan Al-Quran kuat2..jadi kitaorang pun dah jarangla bergreng greng kat bawah pokok lagi..kalau nak memekak pun di dalam bilik atau di Cyber Cafe tempat aku keje part time di dewan makan kolej aku..mungkin itu juga salah satu sebb kenapa hantu dah tak suka lepak kolej aku..:))

Walaupun dah banyak gak pengalaman seram aku dah rasa..tapi sampai sekarang dah 12 tahun aku tinggalkan UiTM..aku tetap penakut seperti dulu..walaupun dalam hati aku selalu cakap Hantu? Mana ada hantu..itu imaginasi jer...kepada UiTM..Kau tetap dihatiku..fuhh winduuu woooo...
Graduation Day - Finally Mass Commite yr 97-2000

Tuesday, 26 April 2011

We, orang Msia have the most FB friends. Wouldn't it be great if we are all united & make Msia the FB capital of the world? #DiGiFBforall

We, orang Msia have the most FB friends. Wouldn't it be great if we are all united & make Msia the FB capital of the world? #DiGiFBforall

Blog Online Shopping Aku - Butik Ariadna

Alhamdullillah..akhirnya selepas beberapa jam aku duduk mengadap pc ni..aku dah berjaya menyiapkan blog butik online aku..Butik Ariadna.. harap-harap kawan2 yang singgah sini sambil2 baca blog aku boleh la klik kat link sebelah ni..Butik Ariadna..dan seterusnya 'mengorder' apa yang patut..haha..pada sesiapa yang baik hati nak tolong promote kan blog aku tu kat blog dia..aku amat-amat lah berterima kasih..jasamu ku kenang..:)) So kepada semua enjoy shopping...

Friday, 22 April 2011

Jiwa Kacau!!

Adoiiiiii..sakit jiwa aku hari ni..satu hari kena serangan 'jiwa kacau'. Ni semua gara-gara ..apa lagi kalau tak lain tak bukan sakit tengah bulan..sakit poket kering laa..

Kalau nak diikutkan bukan la kekeringan sangat tapi yang buat jiwa semakin kacau bila orang yang berjanji nak bayar duit..tak kunjung tiba..macam lagu KRU zaman aku sekolah dulu..Janji Tinggal Janji..Hampehhh..aku kalau yang berjanji ni orang2 yang poket biasa kering macam aku gak, boleh la aku maafkan..ini..tu dia bapak usahawan ker..duit berkepuk dalam bank..pun payah sangat nak bayar duit aku..apa dia tak dapat ke cari bank CIMB kat Kuala Lumpur ni..adoii .ni memang boleh mendatangkan marah..!!

Tengah hari aku dah bergegas pergi hantar stok baju kurung kat kawan aku..balik rumah check duit tak masuk lagi..adoiii..arghhh pegi mam... laa..malas aku nak berharap dah..buat bertambah kacau jiwa aku..mana taknya..kete next week nak kena bayau dah..aduss fenin..kejap kang telefon aku berdering..mak aii..15 missed call..member aku dari India dah call..adoii datang balik jiwa kacau aku..mana tak nya..tengok2 credit pun dah kering,.haa 0.01cent??? ni semua gara2 dok sms dan call si sam dol tu laa..nak chase payment aku..sampai aku tak sedar pun credit dah licin..mak aii..tel dok berdering2.dah la tu..dah tau aku tak call balik..faham2 je la tak de credit..member aku ni pun..apa la yang mustahak sangat sampai 15 missed call ni..

Dah petang..aku malas nak pikir pasal duit dah..eloknya aku lantak kuih putu piring sambil minum teh o kat rumah mak aku ni ha..fuhh tenteram sikit jiwa...tengok sebelah ada katalog Zhulian..haaa..kalau korang nak tau semalam aku dah join sebagai ahli Zhulian..hahaha..saja2..tambah pendapatan..insyaAllah.mana la tau ada rezeki..bukak je katalog nampak story pasal penapis air Beyond..fuhhh..gua cakap lu..product ni terbaekkk..memang aku mengidam nak dapatkan satu..penapis air terbaik di dunia..tak sabar aku nak sambar satu..untuk anak2 aku yang selalu kena selsema and batuk waktu malam..tengok harga RM28++ aje..ye la ..kalau nak tanding dengan kesihatan..mana lagi penting? fuhh duit..aku dah berkira2 cukup bulan aku mesti dapatkan satu..duit?? suppp nama si sam dol yang terkeluar kat otak aku...adoii..tention gila..woii mana duit aku tu..pasal ko banyak benda terkantoi sam dol..adoii kembali semula dah jiwa kacau aku..

Aku baru teringat..hari ni hari Jumaat..haaa..nasib baik ada American Idol dengan Maharaja Lawak..haaa layannn..Macam aku ulaskan dulu pasal Maharaja Lawak..aku rasa minggu ke 4 ni, peserta fav aku semuanya buat lawak best2..seperti yang aku dah jangkakan..JOZAN, SEPAH, BALAS memang bagi lawak yang best..tapi takat episod 4 ni..aku betul2 respect sama siapa lagi kalau bukan orang kg den..NABIL..huhu..lawak dia memang kreatif..aku ingat walaupun episod ke 4 aku dah boleh bagi title Maharaja Lawak kat Nabil la..lu memang hebat..seronok je layan Maharaja Lawak..tambah lak adik aku belanja makan sate..sodap..hehe

Habis je Maharaja Lawak..hmm balik rumah aaa..ni duduk ngadap pc..nak tidur pun tak boleh..teringat balik kebengangan aku kat si Sam Dol ni..adoi ..ko ni memang buat aku jadi Jiwa Kacau..harapnya esok dia bank in la duit tu...tolong jangan spoil kan Sabtu..hari fav aku...opss lupa lak..pada yang nak beli penapis air..haa bagitau aku.. berbaloii..sambil2 tu tambah gak pendapatan aku..hahaha

Tuesday, 19 April 2011

Butik Ariadna - Macam Mimpi..

Salam sejahtera pada semua yang singgah ke blog aku..tak sangka sejak dua menjak ni aku dapat banyak feedback positif dari kawan-kawan yang rupa-rupanya dah menjengah ke blog aku ni..macam baru-baru ni terserempak kawan lama siap cakap dia pembaca setia blog aku..hahaha..terima kasih my plen..padahal aku ni baru je berjinak2 dalam dunia menulis blog ni..ye la sejak dah ada banyak masa lapang ni..boleh la aku share pengalaman dan rasa..

Sejak aku berhenti kerja di 'G', aku memang bagi tumpuan pada bisnes terbaru aku..apalagi kalau tak bisnes butik pakaian , Butik Ariadna. Seronok la juga meniaga ni, sememangnya aku ni sangat minat berniaga. selain baju kurung, tudung, baju melayu pun aku jual. Sekarang ni dah sebulan aku bermula, Alhamdullillah, sambutan amat-amat menggalakkan. Terima kasih la pada kawan-kawan yang support bisnes aku ni. Petang tadi ada orang call nak suruh aku jahit baju melayu dan baju kurung kanak-kanak secara borong..teruja gila nak produce baju-baju tu pulak..kadang-kadang bila aku fikir-fikir, kenapalah dari dulu aku tak cari modal untuk buat bisnes ni? la ni nama pun dah tak clear kat bank gara-gara credit card yang seciput tu, baru la terfikir nak buat bisnes. Tak per la..setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya..ikut pepatah melayu..sikit-sikit lama-lama jadi bukit..harap-harap boleh jadi gunung la juga..insyaAllah..:)

Ramai juga yang tanya kenapa tak masuk kan jer photo kat blog ni..boleh lebar2 kan lagi sayap perniagaan..adoii..aku ni bukan tak nak masukkan ..cuma aku ni kan baru jer berblog..kelembapan agak2 melanda sekarang..tunggu la aku sekarang tengah berguru dengan blogger2 yang lain..insyaAllah tak lama lagi akan aku update ler bisnes aku kat dalam ni juga..haa time tu korang pun kena la rajin2 masuk blog aku ni kan..haha

Opss rakan sejawat baru je call..katanya Butik Ariadna boleh dibuka selepas raya..wahh betul ker? syukur Alhamdullillah..rasa macam mimpi jer..

Thursday, 14 April 2011

Aku menulis novel??

Hari ini selepas beberapa hari aku duduk terperap dalam rumah, akhirnya aku keluar gi masjid india..ada appointment kerja dengan client..habis meeting sempat la pekena teh o ais limau kat belakang mydin..fuhh rindunya kat tempat ni..banyak kenangan sehhh..padahal tak sampai 2 bulan pun aku tak datang sini..:)

Masa nak balik tu ternampak la ada kedai jual majalah dengan buku cerita kat tepi tu..tup-tup aku ternampak buku yang memang jadi kegilaan aku masa zaman kanak-kanak dulu. Apa lagi kalau bukan buku 5 Penyiasat daripada penulis fav aku..Enid Blyton.

Wahhh..seronoknya bila nampak buku Enid Blyton..yg peliknya ada satu aje yang tersesat kat situ..tapi kulit buku dah lain dari zaman aku baca dulu..Bila ingat balik pasal membaca ni, aku memang mula minat baca buku cerita ni sejak dari darjah 3 macam tu..kalau koleksi buku Enid Blyton hampir semua aku baca..ada yang dalam B.I ada yang B.M. Antara buku-buku dia yang aku masih ingat sampai sekarang ialah siri 5 Sekawan (Kat TV pun ada sampai la ni -dalam English Version tajuknya The Famous Five), Siri 5 Penyiasat, Hardy Boys dengan Nancy Drew. Cerita-cerita ni semua pasal penyiasat yang menyelesaikan misteri..memang syok gila bila baca buku Enid Blyton ni..sampai terasa macam cerita tu betul-betul berlaku..paling aku suka bila dia cerita pasal air limau dia..fuhh sampai aku yang terkeliur membacanya..hahaha..Yang paling aku tak boleh lupa masa aku ambil Penilaian Darjah 5 (fuhh..tua dah aku ni,..hehe) aku sampai buat karangan pun pasal menyelesaikan misteri di Batu Caves..semua pasal terpengaruh dgn cerita Enid Blyton..dah akhirnya B.M aku dapat A..haha..

Banyak lagi cerita Enid Blyton yang aku baca..sampai darjah 5 pun aku gila baca siri pasal student sekolah asrama macam cerita Sekolah Seri Melur dengan Sekolah Tengku Ashikin..haha..aku ingat sekarang ni dah tak de dah buku-buku ni..kalau aku jumpa seharusnya aku nak Ariadna baca..







aku memang kagum dengan Enid Blyton, dia ni kalau tulis buku memang detail yang amat..tapi beberapa tahun yang lepas aku ada baca pasal kehidupan sebenar dia..rupanya dia bukan la seorang ibu yang baik..kata dokumentari tu dia ni seorang pendera juga pada anak-anaknya..hmm manusia..macam-macam perangai..kalau dibaca dari siri-siri buku cerita yang dia tulis..tak sangka orangnya garang dan pendera..padahal buku semua pasal hidupan kanak-kanak yang ceria dan indah-indah belaka..Walaupun aku dah tau perangai penulis dia macam tu tapi tak bermakna aku akan suruh anak aku berhenti baca buku dia..dari segi penulisan she really superb!

Bila dah masuk sekolah menengah, aku beralih membaca novel la pulak..apa lagi kalau tak novel cinta cintun..haha..banyak novel yang aku baca..tapi yang memang melekat sampai sekarang ada dua tiga. Dulu aku paling suka baca novel Khadijah Hashim macam Tormentas Del Ayer, Pelangi Pagi dan Rahsia Gadis Bisu.Cerita Khadijah Hashim memang syokk..dulu novel Mira Edora pun dah di filem kan..lakonan Azhar Sulaiman dengan Julia Rais.

Tapi novel Khadijah Hashim yang paling best bagi aku tak lain tak bukan ialah Laila Azwa Gadis ku.haha sanggup tak makan nak habis kan novel ni..


Tahniah pada Khadijah Hashim yang sememangnya kreatif dan terima kasih pada Istana Budaya sebab nak pentaskan Badai Semalam..





Satu lagi novel yang aku ingat aku baca masa tingkatan 5 dan aku baca berpuluh kali rasanya ialah Pelangi Senja yang ditulis oleh Khairuddin Ayip. Teringat watak Jas Rizal dalam novel tu..fuhh romantik amat..haha yang membaca pun jadi jiwang karat jap..rasa kalau Jas Rizal tu memang wujud..nak je aku gi jumpa dia..haha

Bila dah besar2 ni jarang dah baca novel..sekali sekala je ada time. Seronok juga sekali sekala dapat baca novel macam Jauh tulisan Aisha Sofea..suka dengan ayat dia "masa dan berjauhan bukan halangan bila jodoh ditakdirkan"..hubungan jarak jauh? hmm aku tak percaya..:P


Sekarang ni nak baca novel?? hmm jangan harap la..mana ada masa nak membaca..aku kalau dah dapat novel, entah-entah pencuri masuk rumah pun aku buat tak tau..hahhaha..ada juga angan-angan macam nak tulis novel sendiri..hmmm...angan-angan je la..sambil menaip ni aku terpandang satu novel aisha sofea yang masih ada tersimpan kat rumah aku ni..dah agak berhabuk dah pun..banyak juga novel2 lama aku simpan rupanya..harap2 Ariadna besar nanti dia suka la baca buku-buku peninggalan ibu dia ni..pilihan ibu..mesti yang terbaeeeekkk!! :)

Wednesday, 13 April 2011

AF9



"..Adoii kaku je budak ni nyanyi..may be baru konsert pertama kot..semua rasa cam bosan jer.."

Itu lah yang terkeluar dari mulut masa aku tengok AF9 sabtu lepas..AF kembali lagi..buat aku terkenang kenangan 9 tahun dulu..dulu, aku tak pernah ketinggalan menonton AF..sebut saja setiap nama peserta AF, semuanya aku hafal..masuk AF2 betul2 teruja dengan keghairahan penaja untuk menaja AF..dalam hati rasa amat bertuah kalau dapat masuk AF..AF3 buat aku betul2 gila..setiap Sabtu satu family dah terpacak depan TV dengan juadah pasar malam yang dibeli semata nak mengunyah waktu menonton AF..haha..pendek kata AF3 buat banyak keluarga di Malaysia bertambah erat hubungan kekeluargaan, termasuk keluarga aku..
MAWI jadi kegilaan..

teringat semasa hari raya sejurus selepas kemenangan MAWI..kami sekeluarga sanggup melanggan ASTRO di rumah kampung dan mengangkut decoder dari KL semata-mata nak tengok MAWI berhari raya di ASTRO. hehe..memang seronok..entah apa lah keistimewaan mawi pada masa tu, aku pun tak tau..

AF4 menjelang..tetap teruja nak tengok walau pun rasanya penangan AF mula merundum..AF5, AF6, AF7, AF8 dan sekarang AF9..tak tau la kenapa semakin lama semakin hambar..koleksi lagu2 yang dipiih pun dah semakin tak menarik pada aku..dalam hati mungkin lagu-lagu itu lebih kepada lagu budak-budak sekolah..sebut pasal budak sekolah..terlintas di kepala..AF9 yang semakin hambar..atau aku yang semakin tua? Si Dia geleng kepala jer bila tengok AF9 dah mula..memang dari AF1 lagi dia berbulu tengok rancangan realiti yang satu ni.. umur kami beza setahun saja..mungkin dia dah tua sebelum waktu nya..hehe

Tuesday, 12 April 2011

Syukur!

Apartment Kasturi sejak dua minggu ni rasa sejuk jer...hujun turun tiap-tiap petang membawa ke malam..memang best tarik selimut..kata kawan aku yang duduk di India..sekarang tempat diaorang dah masuk musim panas..panas sangat sampai tak larat nak keluar rumah..fuhh..terasa bersyukur amat dilahirkan di Malaysia..mana nak jumpa negara sebertuah Malaysia..Pernah sekali aku berbual dengan rakan yang berasal dari Bangladesh..katanya dia pun tak pasti kenapa Allah sayangkan Malaysia..pagi nampak cahaya matahari, petangnya tiba-tiba hujan turun menyejukkan bumi..bila hujan turun tak berhenti, sekejap nanti nampak sinaran matahari menunjukkan sinar..hahaha..bila orang luar cakap macam tu baru aku sedar betapa bertuahnya kita di Malaysia..Alhamdullilah..

Sunday, 3 April 2011

ABPBH10


Tadi satu Malaysia dah tahu siapa pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Tahun ni, seperti tahun lepas aku cuma tengok depan kaca tv aje..walaupun sepatutnya aku memang hampir kena pegi ke Arena of Stars sebagai wakil penaja macam dua tahun yang lepas..hehe dua tahun dulu, seronok juga rasanya dapat berjalan atas karpet merah, sebelah Farid Kamil, dengan peminat terjerit-jerit memanggil nama artis fav diaorang..thank you to Berita Harian for a great moment yang sememang nya akan aku ingat sampai ke tua..hehe..

Untuk ABPBH10 ni aku terlibat lagi dari peringkat awal sampai ke separuh akhir..yang akhir je aku tak join.so dari awal lagi memang dah boeh jangka siapa pemenangnya..tengok pada populariti diaorang masa siri Jelajah ABPBH10 lagi. Tahniah kepada Sam yang sememangnya best, untuk Anugerah Bintang Paling Popular 2010. Congrats to Zizan yang secara peribadi aku rasa dapat mengacara dengan jayanya, and of coz Kak Engku and Shira tetap meletop dengan pakaian lebih lawa dari ABPBH9..hehe tajaan Izwan Ismail and fabricnya dari mana lagi kalau bukan Euro Moda and Gulati's. Tahniah juga kepada Usop n Johan yang turut berjaya buat semua org ketawa..geng kak limah memang best!

Pada team Berita Harian..Kak Cham, En. Zainuri, Kak Farah, Fara Dina etc..congratulations..aku rasa ABPBH10 telah berjaya dengan hampir sempurna..cuma ada sekali kat tv penonton di rumah boleh nampak tiang camera atas kepala shira..huhu..kena lebih berhati-hati yer abg cameraman..yang lenlain semuanya ok..

Rasanya tahun ini tahun terakhir la aku bersama ABPBH..banyak kenangan manis bersama..hmm seronoknya tengok abg nuar menyanyi tadi dan yang paling seronok sebb penyanyi fav aku menang..siapa lagi kalau bukan FT..i likeee...;)

boleh baca ini juga..