Welcome to BlueShipHeart..

Just write whatever i want to, and u.. just enjoy reading and sharing...

Thursday, 14 April 2011

Aku menulis novel??

Hari ini selepas beberapa hari aku duduk terperap dalam rumah, akhirnya aku keluar gi masjid india..ada appointment kerja dengan client..habis meeting sempat la pekena teh o ais limau kat belakang mydin..fuhh rindunya kat tempat ni..banyak kenangan sehhh..padahal tak sampai 2 bulan pun aku tak datang sini..:)

Masa nak balik tu ternampak la ada kedai jual majalah dengan buku cerita kat tepi tu..tup-tup aku ternampak buku yang memang jadi kegilaan aku masa zaman kanak-kanak dulu. Apa lagi kalau bukan buku 5 Penyiasat daripada penulis fav aku..Enid Blyton.

Wahhh..seronoknya bila nampak buku Enid Blyton..yg peliknya ada satu aje yang tersesat kat situ..tapi kulit buku dah lain dari zaman aku baca dulu..Bila ingat balik pasal membaca ni, aku memang mula minat baca buku cerita ni sejak dari darjah 3 macam tu..kalau koleksi buku Enid Blyton hampir semua aku baca..ada yang dalam B.I ada yang B.M. Antara buku-buku dia yang aku masih ingat sampai sekarang ialah siri 5 Sekawan (Kat TV pun ada sampai la ni -dalam English Version tajuknya The Famous Five), Siri 5 Penyiasat, Hardy Boys dengan Nancy Drew. Cerita-cerita ni semua pasal penyiasat yang menyelesaikan misteri..memang syok gila bila baca buku Enid Blyton ni..sampai terasa macam cerita tu betul-betul berlaku..paling aku suka bila dia cerita pasal air limau dia..fuhh sampai aku yang terkeliur membacanya..hahaha..Yang paling aku tak boleh lupa masa aku ambil Penilaian Darjah 5 (fuhh..tua dah aku ni,..hehe) aku sampai buat karangan pun pasal menyelesaikan misteri di Batu Caves..semua pasal terpengaruh dgn cerita Enid Blyton..dah akhirnya B.M aku dapat A..haha..

Banyak lagi cerita Enid Blyton yang aku baca..sampai darjah 5 pun aku gila baca siri pasal student sekolah asrama macam cerita Sekolah Seri Melur dengan Sekolah Tengku Ashikin..haha..aku ingat sekarang ni dah tak de dah buku-buku ni..kalau aku jumpa seharusnya aku nak Ariadna baca..







aku memang kagum dengan Enid Blyton, dia ni kalau tulis buku memang detail yang amat..tapi beberapa tahun yang lepas aku ada baca pasal kehidupan sebenar dia..rupanya dia bukan la seorang ibu yang baik..kata dokumentari tu dia ni seorang pendera juga pada anak-anaknya..hmm manusia..macam-macam perangai..kalau dibaca dari siri-siri buku cerita yang dia tulis..tak sangka orangnya garang dan pendera..padahal buku semua pasal hidupan kanak-kanak yang ceria dan indah-indah belaka..Walaupun aku dah tau perangai penulis dia macam tu tapi tak bermakna aku akan suruh anak aku berhenti baca buku dia..dari segi penulisan she really superb!

Bila dah masuk sekolah menengah, aku beralih membaca novel la pulak..apa lagi kalau tak novel cinta cintun..haha..banyak novel yang aku baca..tapi yang memang melekat sampai sekarang ada dua tiga. Dulu aku paling suka baca novel Khadijah Hashim macam Tormentas Del Ayer, Pelangi Pagi dan Rahsia Gadis Bisu.Cerita Khadijah Hashim memang syokk..dulu novel Mira Edora pun dah di filem kan..lakonan Azhar Sulaiman dengan Julia Rais.

Tapi novel Khadijah Hashim yang paling best bagi aku tak lain tak bukan ialah Laila Azwa Gadis ku.haha sanggup tak makan nak habis kan novel ni..


Tahniah pada Khadijah Hashim yang sememangnya kreatif dan terima kasih pada Istana Budaya sebab nak pentaskan Badai Semalam..





Satu lagi novel yang aku ingat aku baca masa tingkatan 5 dan aku baca berpuluh kali rasanya ialah Pelangi Senja yang ditulis oleh Khairuddin Ayip. Teringat watak Jas Rizal dalam novel tu..fuhh romantik amat..haha yang membaca pun jadi jiwang karat jap..rasa kalau Jas Rizal tu memang wujud..nak je aku gi jumpa dia..haha

Bila dah besar2 ni jarang dah baca novel..sekali sekala je ada time. Seronok juga sekali sekala dapat baca novel macam Jauh tulisan Aisha Sofea..suka dengan ayat dia "masa dan berjauhan bukan halangan bila jodoh ditakdirkan"..hubungan jarak jauh? hmm aku tak percaya..:P


Sekarang ni nak baca novel?? hmm jangan harap la..mana ada masa nak membaca..aku kalau dah dapat novel, entah-entah pencuri masuk rumah pun aku buat tak tau..hahhaha..ada juga angan-angan macam nak tulis novel sendiri..hmmm...angan-angan je la..sambil menaip ni aku terpandang satu novel aisha sofea yang masih ada tersimpan kat rumah aku ni..dah agak berhabuk dah pun..banyak juga novel2 lama aku simpan rupanya..harap2 Ariadna besar nanti dia suka la baca buku-buku peninggalan ibu dia ni..pilihan ibu..mesti yang terbaeeeekkk!! :)

5 comments:

  1. kedai tu ade lagi ke tak sekarang?

    ReplyDelete
  2. Assallammuallaikum..Saya Jas Rizal..Mkcik saya yg letak nama saya sbb baca novel pelangi Senja nie..Cite novel ni mmg sedih sbb dia bercinta dgn dua wanita(Suzana & Suliana)..tapi novel ni dah hilang..Mana saya bole dptkn balik novel nie??kalau ada info plzzz contact saya : 019-7509877(Jas Rizal)

    ReplyDelete
  3. Kalau x silap cover novelnya warna hijau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..cover dia warna hujan..skrg Novel nie kat Library UKM je ada simpan...nk ke Sana lom free lagi heee..insyallah mesti sampai...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

boleh baca ini juga..