Petang tadi tengah lepak-lepak di kedai mamak, aku terdengar lagu 'Masih Aku Terasa' dari kumpulan Gersang..fuhhh teringat pulak kisah aku di zaman kanak-kanak riang dulu..nak gak la aku berkongsi cerita kat sini..
Aku dibesarkan dengan muzik..kebetulan jiran sebelah rumah mengajar class vocal n music, macam drum, gitar dan piano. Setiap sabtu aku tgk ramai la mamat2 yang ketuk bangku dengan drum stick.(haha..cara mula2 nak belajar main drum).Masa tu kalau tak silap umur aku baru 7-8 tahun. Masa lapang, aku dengan jiran2 aku kerjanya menari dan menyanyi kat dalam rumah. Ingat lagi penyanyi kesukaan kitaorang masa tu ialah Anuar & Elina. Fuhh kalau lagu kain pelekat tu siap dgn tarian dia kitaorang praktis..sampaikan konsert Anuar dan Elina di Brunei pun kitaorang ada. Siap hafal satu-satu lagu dalam konsert tu. Hujung minggu bila ada orang kahwin, aku dgn kawan aku la penyanyi live band..haha..memang seronok..bayaran? satu sen pun tak ada..tapi kitaorang enjoy..
Bila umur dan meningkat ke 9-10 tahun, Alyarham sudirman pulak jadi kegemaran. Ingat lagi bila kawan aku siap record Puspawarna RTM bersama Sudirman, lagu yang selalu kitaorang tiru ialah lagu Banana Boat Song.. (haa aku darjah 3 tu..) Kitaorang menari sebijik cam Sudirman n penari dia dalam program tu..hahah..memang seronok..balik sekolah kerjanya menari..menyanyi..wow..aku dapat tengok klip tu kat youtube..fuhh mengimbau kenangan betul..kalau nak tengok, klik ler link kat bawah ni..enjoy!
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=1Y9LyGLvB74
Masa umur 10 tahun aku pulak join belajar vokal kat rumah pak cik. Antara member2 yang sama2 masuk class tu ialah Edy (Pemain Bass Wings) dengan adik dia Melur (Dulu penyanyi kumpulan Freshie). Sampai la satu hari ayah aku baling aku dengan rotan bulu ayam sebab nya kad hijau sekolah aku tulis cita-cita: Pemain biola Terkemuka. Hahah..mengamuk la ayah aku. Sejak tu aku pun berhenti dari class vocal..
Masuk umur aku 12 tahun, Pak Cik dah bukak studio jamming belakang rumah aku. Fuhh masa ini era rock kapak baru nak bermula di Malaysia. Studio tu pun memang terkemuka kat KL, time tu mana ada studio jamming sangat kat KL ni..aku pun balik sekolah je kejenya melepak kat studio tu..Memang ramai artis-artis datang jamming kat sana macam Rahim Maarof, Shiela Majid, Ogy Ahmad Daud (time tu nyanyi lagi), yang paling banyak ialah kumpulan rock yang macam cendawan tumbuh. Masa tu la munculnya Wings dengan Awie, Sham, Edy n Black. Search pun selalu datang..time tu pemain gitar dia masih lagi Hilary..seronok tgk diaorang main lagu baru macam Gadis ku..kira jadi orang yang pertama-tama jugak dengar lagu diaorang..Lepas tu kumpulan Gersang pulak muncul, wahhh masa tu aku memang gila sangat dengan Kid..siap minta nombor tel..yang bestnya hari jumaat aku call..dia tak sombong pulak layan aku..padahal kalau fikir2..kitaorang ni alamak..budak2 darjah 6 jer..hehe..Terima Kasih Kid n Din sebab ceriakan zaman kanak-kanak aku..:) Juga kepada kumpulan Medicine orang nogori macam Ijam, Ija..and yang terkahir aku rasa ialah kumpulan Ababil..teringat masa diaorang recording lagu di studio kat jalan raja bot..aku dgn member aku siap pegi tengok lagi..apa-apa pun diaorang ni semua memang best!
Teringat pulak masa Nash Lefthanded datang ke studio, time tu aku pun dah besar sikit..dah masuk sekolah menengah..rambut nash yang panjang tu punya la wangi..duduk kat kerusi bau syampoo melekat kat kerusi..hahaha..jiran aku siap cium kerusi tu..minat punya pasal..hehehe..
Dulu-dulu muzik memang peneman jiwa..aku kalau tidur, atas kepala aku ada radio besar..malam-malam layan rancangan Pilihan Bersama..sanggup sedia satu tape kosong.semata-mata nak record lagu-lagu best yang nak kuar..yang gila tu sampai tape dah naik mengong sebab asyik double-triple record jer bila tape dah full..hahaha..hari tu ada berborak dgn mamat art director sorang ni..rupa2nya dia pun perangai cam aku gak dulu2..hahaha..gila..zaman sekarang tak de dah cam tu..semua leh dapat kat internet...
Muzik..sampai sekarang memang melekat dengan aku..masuk sekolah menengah aku lebih kepada lagu-lagu Inggeris, R&B, Metal, Classic Rock, Pop.semua aku layan..bila masuk tingkatan 2 fuhh dah terkena penangan New Kids On The Block..haha..habis buku, kasut, beg sekolah semua NKOTB..fanatik gila..hampir semua konsert dia, kaset, magazine dia aku beli..sampai la group tu berpecah masa aku tingkatan 4, dengan lagu dia Step by Step yang paling terakhir jadi hit kat Malaysia. Lepas tu aku sambung jadi peminat fanatik Take That..haha..yang ni sampai la ni aku follow..tapi tak de la fanatik macam dulu..sampaikan magazine apa aje semua aku beli..Tapi teringat masa aku di Tingkatan 6..muzik aku dah beralih dari Inggeris ke lagu Cina..fuhh habis rancangan Jade Solid Gold kat TV3 aku record..Lai Ming, Andy Lau, Kwok Foo Seng, Jacky Cheung, Grasshopper, Beyond memang aku suka..balik sekolah pukul 6 tepat aku dah terpacak depan tv nak tgk Jade Solid Gold..haha..tak lama lepas tu penyanyi kumpulan beyond Wong Ka Kui mati terjatuh semasa shooting video clip dioarang kalau tak silap..aku pun dah tak mengikuti lagi lagu-lagu dari Hong Kong. Kat bawah ni aku ada link lagu Beyond yang paling aku suka 'Under a Vast Sky'. Enjoy!
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=1Y9LyGLvB74
Masuk di UiTM Shah Alam, aku lebih terdedah pada dunia muzik undergroud..Spultura, butterfinger, Nebiula, dan banyak lagi yang aku pun dah tak ingat nama-nama kumpulan tu.Masuk pula muzik Alternative..sampaikan kat itm senior panggil aku dgn nama Abot..semata-mata kata diaorang gaya aku alternative macam penyanyi Abot..padahal masa tu Abot pun aku tak kenal siapa..haha (jgn marah abot). Baru-baru ini masa berborak dengan rakan sekerja, dia bantai gelak bila aku sebut budak-budak alternative..katanya aku ni ayat tak boleh blah..sebb sekarang org panggil budak2 Indi..hahahaha..ketinggalan zaman kah?
Indi? adoiii siapa? hujan, bunkface, Yuna, ..hmm muzik budak2 sekarang..rasanya makin mudah dan simple..tapi lyric agak susah nak faham..tapi mana yang sedap aku pulun je dengar..cuma rasanya muzik tu dah tak berapa menepati citarasa aku..sekarang ni aku kena dengar lagu-lagu yang menenangkan jiwa macam Secret Garden, Medwin Goodall, Enya, Josh Groban..fuhh new age la sekarang..paling-paling rock pun macam Dream Theater and of coz my fav..Faizal Tahir ;)..paling-paling pop macam Lady Antebellum, atau paling-paling Hip Hop macam B.O.B..tapi tetap seronok sekali-sekala dapat dengar lagu Siti Fairuz..tanpa ku sedar..aku tersebut nama mu., macam lagu Uji Rashid dengan Hail Amir...haha..atau pun bila dah bosan sangat ..aku layan la lagu hindustan..haha
Hakikatnya aku rasa aku ni dah tua..so muzik pun kena la yang sesuai dengan jiwa org tua..haha..Life is so wonderful..with music..Terima kasih kepada semua penggiat seni muzik di seluruh dunia dengan kreativiti korang yang sememangnya SUPERB untuk buat semua manusia HAPPY with your music..arghh dah sakit tengkok..nak layan AWAN NANO jap..see ya.:)
wakakakakkakakakakkakakakkakakakakkakaka
ReplyDeleteALTERNATIF tu.....
nak runtuh tergelak barai gila!
zaman2 aku gak tu alternatif wa cakap lu!
hahaha..zaman-zaman abot..jangan marah..spek alternatif..sekarang dah kembali oii tren tu..nak panggil apa? spek indi ker? hahaha
ReplyDeletegilor panjang.. sibbaik aku penah dgr citer ni version cerita lisan :D
ReplyDeleteversion lisan ek..itu tanda nya ko memang best plen aku..hahaha..weih lagu beyond tu aku tujukan khas untuk ko..:p besttt wooo..no sensitip isu haa
ReplyDelete