Welcome to BlueShipHeart..
Just write whatever i want to, and u.. just enjoy reading and sharing...
Monday, 28 March 2011
Masa...
Sedar tak sedar dah beberapa hari aku tak mencoret kata-kata..masa berjalan terlalu pantas..dunia seakan berputar laju..selaju otak aku berfikir tentang bermacam2 perkara..kadang-kadang disebalik banyak perkara yang aku fikirkan..aku terfikir bagaimana aku boleh hidup dengan isi kandungan di dalam otak yang terlalu sarat..semua perkara tersimpan di dalam kepala..tidak dapat diungkaikan dengan cepat..kerana masa yang terlalu suntuk untuk menyelesaikan sesuatu perkara..aku perlu bergerak, bertindak dengan pantas..masa tidak menunggu kita..aku pernah terbaca dalam kajian cerdik pandai..masa sekarang (current time) hanyalah semasa kita berada dalam lingkungan 8 saat sahaja..apa sahaja yang berlaku dalam masa 8 saat dikira sebagai sekarang..selepas masuk saat ke sembilan, perkara yang dilakukan itu sudah dikira sebagai sudah berlalu,..jika anda gembira pada saat ini..nikmatilah ia selagi anda terdaya..tetapi jika anda sedang bersedih..bersedih saja dalam masa 8 saat..selepas itu..lupakan saja..kerana ianya sudah pun berlalu...life must go on.Itu kata orang cerdik pandai mengikut kajian..tapi seperti yang aku pernah katakan..manusia ini dilahirkan tidak sempurna..bodoh..maka kita akan bersedih, memendam perasaan selama yang kita mahu..untuk apa?? aku pun tak tahu..masa yang dah berlalu 8 saat tadi, takkan boleh berulang walaupun menangis air mata darah sekalipun..tapi manusia juga dilahirkan sebagai makhluk yang lemah..kita tetap tidak sekuat teori yang dikaji..kita tetap manusia yang mempunyai sekeping hati dan perasaan yang terlalu emosi untuk apa sahaja cubaan dan dugaan yang diberikan..tapi aku berbisik untuk diri sendiri agar sentiasa ingat..Demi Masa, Manusia itu Dalam Kerugian..kecuali pada mereka yang mengetahui..Ya..Allah! Aku bersyukur kepada mu kerana sentiasa memberikan ku kekuatan..Tabahkan la hatiku dalam menempuh masa-masa mendatang..Amin!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment