Welcome to BlueShipHeart..

Just write whatever i want to, and u.. just enjoy reading and sharing...

Tuesday, 29 March 2011

Sass riatkal!

Selepas 4 tahun bersama, akhirnya 'G' aku tinggalkan..sebenarnya dah berkali2 aku cuba tinggalkan..tapi dalam hati aku tetap rasa aku akan join balik..but this time..sememangnya aku akan tinggalkan 'G' buat selama-lamanya. Banyak kenangan pahit manis dalam tempoh 4 tahun ni..dan sememangnya banyak yang manis dari yang pahit..tapi yang pahit tu rasa dia teramat2 pahit..

4 tahun bersama 'G', beratus-ratus kawan aku dah kenal..ada yang kenal dah 4 tahun, ada yang 4 bulan, bahkan ada yang setakat kenal 4 hari..:) tapi Alhamdullilah kami still contact sehingga ke hari ni..Bersama 'G' untuk tempoh 4 tahun banyak mengajar aku tentang perangai manusia..baru aku tahu ada macam-macam perangai dan jenis manusia dalam dunia ni..ada yang jujur sejujur-jujurnya..untuk mencari wang menyara keluarga..ada yang jujur di depan, belakang ngalahkan syaitan..ada yang sentiasa bermasam muka, ada juga yang manis di depan tapi mengutuk di belakang..tapi sememangnya manusia ni ramai yang gilakan pangkat dan wang..kerana pangkat dan wang..semua jadi porak peranda...

4 tahun bersama 'G' banyak perkara yang aku belajar..aku tetap berterima kasih kerana mengajar aku menjadi manusia yang berpengetahuan tentang selok belok kehidupan dan perniagaan. Bersama 'G' buat aku sampai ke satu tahap yang aku boleh banggakan dalam kehidupan aku sendiri..Bersama 'G' juga buat aku kenal apa itu erti pengorbanan, cinta, setia dan air mata..

Kepada 'G' aku doakan semoga terus berjaya tak kira dengan siapa ianya bersama..dan untuk diri aku..hidup akan diteruskan dengan lebih bersemangat bersama orang baru..semoga kehidupan akan terus bermakna untuk selamanya...Amin!

7 comments:

  1. Akhirnye... xpe memories...
    Insyallah ada rezeki yg lebih baik di tpt lain....

    ReplyDelete
  2. eisk... n3 dh comey... tp.... awat pics itu. menciks la!

    ReplyDelete
  3. hmm itu baru la namnya kenangan..tak kan berulang lagi dah..hehe

    ReplyDelete
  4. kak, aini fhm pe yg akk rase.. wpun aini br, aini dh dpt rse semua tu.. aini pn x tau selama mana aini dpt bertahan..

    ReplyDelete
  5. uikk aini..rileks la..awak tu tak diganggu gugat, duduk opis diam-diam..hehe

    ReplyDelete
  6. tidak juga untuk aku...
    aku kenal sejahat2 manusia...
    silapnya,aku memang BATU!
    mula2 aku tengok je...tapi bukan aku la nak jadi dalang..bukan aku la nak di guna-gunakan..dan bukan aku la plak nak jadik tukang ampu atau tukang karut semata2 nak lap pungkok semata2 nak jaga diri sendiri..owh tidak sama sekali...

    mereka berjaya buat aku jadi gila mental sebentar dengan politik jahanam dan politik tidak sihat..

    SASTriakal jugak lah untuk aku....
    sekian terima kasih!

    walaupun tak lama bak kata ko nye...
    perkenalan yg sekejap buat aku gelak jahanam tentang ALTERNATIF tu...
    yang membuatkan kimaks2 disana rasa aku adalah ANA NO 2...
    pergi la mampos kan....
    aku peduli apa...

    setelah di kaji kaji...
    aku bukan keji nak jadi tali barut banggali!

    ReplyDelete
  7. hahaha..ko ni komen buat aku rasa macam duudk zaman penjajah laa..tali barut banggali..hahahaha..adoii sakit perut gelak..

    ReplyDelete

boleh baca ini juga..